Peluang Hanya datang sekali , Jarang dua kali
Wednesday, February 8, 2012, ϟ

Ada org tak pernah diberi peluang langsung..
Ada pulak org yg diberi byk peluang tp tak terfikir utk manafaatkannya walaupun satu..(tak bijak mghargai)
Ada yg diberi hnya SATU peluang, menghargainya, memanafaatkannya, mensyukurinya, berkongsi pulak dgn org lain dan memperoleh nikmat yg berlipat ganda berkat hasil usaha yg diredhai Allah..
Rebut peluang yg satu sbb mgkin anda tidak lg berpeluang lg sampai bila2 selepas ini..
Seterusnya CUBA buka peluang ini kpd org lain dengan berkongsi segala kebaikan dan kelebihan yg anda perolehi...Anda rasakan kemanisannya nt.
Oke..mukadimah kat atas dh jelas kn ?
jom baca artikel yg sy nk share dr satu blog ni^^
enjoy ur reading ! :


Tentang peluang.

Peluang hanya datang sekali.

Saya yakin kita sering mendengar ungkapan di atas. Ya, memang betul. Namun tidak kurang, ada peluang yang datang berulang kali. Ikut situasi. Walaupun begitu, peluang yang kedua dan ketiga, biasanya tidak 100% sama dengan peluang yang pertama.

Berapa antara kita yang mengabaikan peluang pertama, mempersiakan peluang itu.

Lalu berapakah antara kita yang menginginkan semula peluang itu disulami dengan rasa kesal di hati?

Sebagai seorang pendidik, saya sering berdepan dengan situasi dimana pelajar tidak ingin melanjutkan pelajaran mereka. Mereka lebih seronok dengan kehidupan di luar sekolah yang penuh warna warni. Mereka terlalu teruja untuk mendapatkan duit poket sendiri. Seronok dengan kehidupan selain dari belajar. Lalu mereka abaikan peluang untuk belajar. Mengabaikan peluang belajar di peringkat rendah, akan membawa kepada hilangnya peluang belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka memandang remeh pada peluang pelajaran tersebut.

Pendidikan merupakan kunci pintu untuk kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Tanpa pendidikan yang sempurna, hidup akan kosong walau dilimpahi dengan wang ringgit. Kerana itu, rata-rata kita diberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan, namun masih ada yang mempersiakan peluang itu.

Peluang pendidikan antara peluang yang biasanya akan datang sekali terutama sekali pendidikan di peringkat sekolah Rendah dan Menengah. Jika kita tidak mengambilnya pada masa yang ditetapkan, peluang itu akan hilang begitu saja. Kalau ya pun, peluang itu mampu diraih semula, ianya agak sukar. Banyak sudah kekangan terutama dari segi umur.

Ringkasnya, kita tidak mampu untuk menduduki bangku tingkatan 1 jika tidak menduduki penilaian UPSR, dan bagaimana pula kita mampu menjadi calon SPM kalau tidak mempergunakan sepenuhnya peluang untuk menduduki PMR.

Ramai anak muda yang sepatutnya bergelar pelajar gagal memanfaatkan peluang itu. Lalu yang menangis Ibu bapa mereka.

“Saya dulu tidak ada peluang untuk belajar, cikgu”.

Itu kata-kata yang biasa keluar dari mulut ibu-bapa.

Nota sampingan: Pegang peluang itu, selagi menjadi milik kita.

 

sumber :Tulus Dari Hati , Muhasabah diri


new past