Rindu
Thursday, May 7, 2015, ϟ
Assalamualaikum semua.
Fuhh agak lama jugak tak sentuh blog ni. Dah lama jugak tak update. Busy dengan kehidupan di dunia. Biasalah. Macam-macam benda jadi dah sebenarnya sejak kebelakangan ni.
Sebelum tu, al fatihah for my grandmother yang telah kembali ke rahmatullah hujung tahun lalu. Sedih. Tu je yang dapat aku lafazkan. Just sempat tengok masa dalam ICU je. Sempat salam dan dia just sempat cakap "hitamm" je masa tu. sebab masa tu aku baru habis latihan Komander kat universiti. Dalam keadaan yang pakai tangki oksigen dia sanggup bukak sebab nak cakap itu je. Ada-ada ja nenek ni. :') *mata masuk habuk*
Lepas ni balik kg takde lagi laa orang nak sambut kita depan pintu, bila call kg takde yang nak jawab call dan kata "ehh cucu nenek" , takde dah nak tegur kita p tukar jeans tu ketat, takde dah orang nak suruh kita bangun pepagi ajak jogging dekat kg, takde dah orang yang paling semangat bila cucu dia dari Sabah ni balik rumah dia. Nanti kita lawat pusara nenek k bila kita balik . InshaaAllah.
Sekarang tinggal atok je kat kampung. Semoga atok sihat walafiat dekat sana. Family pun minggu-minggu balik kg sebab tanak atok sorang-sorang. Hmm last jumpa atok pun last year masa kat hospital. Sebelum balik sempat cium atok, sebab atok pun admitted jugak dekat KPJ masa tu. Tiada masa balik lagi sebab study pun kat Sabah. (Kg kat Johor). Rasa rindu dekat atok.
Atok selalu cerita yang kawan dia ramai dah takda. Disitu aku dapat konklusikan yang kitorang ni dapat bonus lebih daripada Allah swt dapat hidup lebih lama dengan atok.
Semoga Allah swt merahmati hidup atok dan nenek fidunya wal akhirah. Allahumma Amin.
new past
